Permohonan i-Sinar Kategori 1 Dibuka Hari Ini. Klik Sini Untuk Memohon!




KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memutuskan permohonan i-Sinar dalam talian bagi Kategori 1 dibuka bermula hari ini, 21 Disember 2020.

Sebelum itu, mari semak syarat kelayakan dan kriteria bagi permohonan ini.

Kategori 1

- Ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.
- Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan;
- Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas Mac 2020.

Bagi kategori ini:

1. Dokumen sokongan tidak diperlukan;
2. Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP;
3. Ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my bermula 21 Disember 2020.
- Pembayaran untuk ahli yang layak mulai pertengahan Januari 2021.

Kategori 2

Ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas Mac 2020, iaitu pengurangan tersebut hanya boleh dikenal pasti melalui dokumen yang diberikan.
KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada ahli iaitu:

- Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan;
- Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan / atau tuntutan kerja lebih masa.
- Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.
- Bagi kategori ini, ahli boleh memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 11 Januari 2021.

Status permohonan boleh diketahui dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat dan pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas mendapat kelulusan.

Jumlah kelayakan i-Sinar

1. Ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

2. Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran maksimum 10% atau RM60,000 (yang mana lebih rendah) daripada Akaun 1.
Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.



Bayaran seterusnya akan dibuat secara berperingkat dalam masa 6 bulan atau kurang bergantung kepada baki bayaran.

Oleh itu, ahli KWSP dinasihatkan untuk mendaftar i-Akaun, mengemas kini nombor telefon bimbit untuk menerima transaction authorisation code (TAC) di kiosk atau kaunter KWSP dan memastikan nombor akaun bank adalah aktif. 

Pemohon hanya perlu mengisi butiran peribadi dan nombor akaun bank yang aktif untuk tujuan pengkreditan terus ke akaun anda.

Untuk memohon hanya perlu klik disini
 isinar.kwsp.gov.my

Sumber : Astro Awani

Post a Comment

0 Comments