Cuti akhir sesi persekolahan telah pun 3 minggu berlalu iaitu bermula iaitu pada 17 Februari 2023 - 18 Mac 2023 bagi negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Bagi negeri-negeri dan wilayah lain bermula pada 18 Februari 2023 - 19 Mac 2023.
Semestinya, musim cuti sekolah banyak aktiviti dapat diluangkan bersama keluarga. Oleh itu, kita sediakan beberapa aktiviti dan tempat menarik di Sabah yang mungkin ada yang belum pernah dilawati. Rasanya masih belum terlambat untuk menghabiskan masa terluang bersama keluarga sebelum bermulanya waktu persekolahan
1. Muzium Koko Teck Guan, Tawau
Sumber: tripadvisor.com
Muzium Koko Teck Guan (Teck Guan Cocoa Village) adalah salah satu tempat menarik di yang terletak di daerah Tawau, Sabah. Perjalanan dari bandar Tawau mengambil masa kira-kira 45 minit. Di muzium ini, anda boleh melihat proses pengeluaran coklat di kilang pembuatan koko dan terdapat juga jualan bagi produk koko yang boleh dibeli.
Sumber: Sabah Tourism Board
Pengunjung boleh mendaftar untuk trekking di perkampungan koko bagi menikmati keindahan alam semulajadi seperti air terjun dan juga berpeluang untuk melihat batu Columnar Basalt semulajadi yang terdapat di sini. Selain itu, pengunjung boleh bermalam di rumah penginapan, Cocoa House serta menikmati hidangan daripada Cocoa Cafe yang disediakan.
Bayaran masuk:
Dewasa: RM10.00
Kanak-kanak (3-12 tahun): RM5.00
Percuma bagi kanak-kanak bawah 2 tahun
Waktu operasi :
Jumaat, Sabtu dan Ahad: 10 pagi - 5 petang
Alamat:
Teck Guan Cocoa Village, Bukit Quion, Batu 30, Jalan Apas, 91000, Tawau, Sabah
2. Muzium Negeri Sabah, Kota Kinabalu
Sumber: SABAH.gov
Bangunan Muzium Negeri Sabah ini terdiri daripada taman etnobotani, zoo dan juga kampung warisan. Terdapat juga galeri yang memaparkan pelbagai maklumat tentang tamadun Islam, arkeologi, sejarah, kraftangan, pembuatan dan sebagainya untuk tatapan para pengunjung.
Misi muzium adalah untuk mengumpul, memelihara, memulihara serta mendokumentasikan koleksi seperti etnografi, arkeologi, sejarah, numismatik (kajian atau koleksi mengenai mata wang), seni-sejarah, botani, zoologi dan mineralogi di seluruh Negeri Sabah.
Antara objektif muzium adalah untuk menemui dan berkongsi pengetahuan tentang koleksi alam semula jadi dan budaya serta memasarkan produk muzium sebagai produk pelancongan kepada tetamu.
Apa yang menarik, terdapat pameran jualan yang terletak di dalam salah sebuah rumah di kampung warisan yang boleh dilawati. Antara barang jualan yang menarik adalah gelang tangan kristal dan tembaga, perhiasan, cenderahati dan sebagainya dijual dengan harga yang berpatutan. Jangan lupa singgah untuk membeli buah tangan.
Bayaran masuk:
Warganegara: RM2.00
Percuma bagi warganegara Malaysia: Warga emas, OKU (Orang Kelainan Upaya), pemandu teksi dan pelajar dengan uniform sekolah.
Bukan Warganegara: RM15.00
Alamat: Jalan Muzium, 88300 Kota Kinabalu, Sabah
3. Desa Dairy Farm, Kundasang
Sumber: WeekendPlan
Desa Dairy Farm ialah sebuah ladang tenusu yang terletak di kaki Gunung Kinabalu di Lembah Kundasang. Ladang tenusu ini dimiliki oleh Desa Cattle (Sabah) Sdn. Bhd yang mana kebanyakan susu lembu dan produk tenusu Sabah dihasilkan. Berkeluasan 199 hektar dan sentiasa dikenali sebagai “Little New Zealand” Sabah kerana pemandangan panorama geografinya membuatkan anda berasa seperti berada di New Zealand.
Di Desa Dairy Farm ini, anda boleh mendekati lembu, memberi makan, menghirup udara segar Gunung Kinabalu serta mengambil gambar dengan pemandangan yang begitu mempesona. Anda juga boleh membeli produk tenusu yang dijual disini seperti susu, aiskrim, gelato dan bermacam lagi.
Alamat: Jalan Cinta Mata Mesilau, 89308 Kundasang, Sabah
Waktu Operasi: Setiap hari (8.30 pagi- 4.00 petang)Harga Tiket:
Dewasa (Umur 13 tahun dan keatas): RM5
Kanak-kanak ( Umur 7-12 tahun) : RM4
Percuma bagi kanak-kanak bawah 7 tahun dan OKU
Jadual Aktiviti:
Tempahan tiket harus dibuat secara atas talian melalui pautan dibawah;
4. Perpustakaan Negeri Sabah
Sumber: Perpustakaan Negeri Sabah
Perpustakaan Negeri yang pertama di Sabah dibina sebagai sebuah seksyen di Jabatan Penyiaran dan Penerangan pada tahun 1953. Pada tahun 1972, perpustakaan menjadi sebuah jabatan yang berasingan dengan Muzium Sabah.
Perpustakaan Negeri Sabah dikawal selia oleh Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi menerusi penjenamaan semula Kementerian Pelajaran dan Inovasi Negeri Sabah (KPINS) pada 8 Oktober 2020. Pada hari ini, Perpustakaan Negeri Sabah mempunyai satu rangkaian perpustakaan yang luas iaitu mempunyai sebuah Ibupejabat, 25 Perpustakaan Cawangan, 4 Pusat Perkhidmatan Tambahan, 67 Perpustakaan Desa (Negeri), 51 buah Perpustakaan Desa (PNM-Persekutuan) dan 11 Perpustakaan Bergerak serta 8 Desanet.
Masa musim cuti sekolah ini, Perpustakaan Negeri Sabah menyediakan aktiviti untuk pengunjung dan kanak-kanak khususnya.
Masa: 9.00 am - 1.00 pm
Tempat: Ruangan Foyer, Aras 2, Ibu Pejabat PNS
Waktu Operasi
Isnin - Jumaat : 9.00 am - 5.00 pm
Sabtu - Ahad : 9.00 am - 2.00 pm
Cuti Umum ; TUTUP
Ibu Pejabat Perpustakaan Negeri Sabah, Jalan Tasik Off Jalan Maktab gaya, 88300 Kota Kinabalu, Locked Bag 2023, 88999 Kota Kinabalu
Sumber: Foursquare |
Pulau Manukan adalah pulau kedua terbesar di Taman Negara Tunku Abdul Rahman yang juga merupakan taman negara marin pertama di Malaysia. Negeri Sabah memang terkenal dengan pulau-pulau yang cantik. Pulau Manukan mempunyai hamparan pantai yang luar biasa dan tidak asing lagi dikalangan pelancong tempatan dan luar. Terumbu karang di luar pesisir pantai menjadikan tempat ini sesuai untuk snorkeling, menyelam dan berenang. Di antara semua pulau di Taman Negara Tunku Abdul Rahman, Pulau Manukan menawarkan kemudahan pelancongan yang lengkap, iaitu terdiri daripada 20 unit chalet, rumah kelab, beberapa restoran serta pusat menyelam.
Manakala, Pulau Mamutik sedikit kecil berbanding pulau-pulau lain yang terdapat di Taman Negara Tunku Abdul Rahman. Walaubagaimanapun, unjuran pantai yang landai serta air laut yang cetek dan jernih, menjadikan ia sesuai untuk aktiviti menyelam dan aktivit lain.
Untuk ke pulau-pulau ini, anda perlu membeli tiket bot di jeti Jessleton Point. Tiket untuk pergi ke satu pulau bermula dari RM30 dan lebih jimat untuk pergi 2 hingga 3 pulau sekaligus.
- 2 island transfer
- Parasailing
- Banana Boat
- Snorkeling
- Sea walking
- Photo and video
Sumber: Facebook Shareena Sheby
Harga pakej serendah RM110 sahaja seorang termasuk tiket bot ke pulau.
Waktu operasi
Setiap hari : 8.30 am - 5.00 pm
Untuk tempahan pakej, anda boleh menghubungi nombor ejen berdaftar di bawah;
6. Pantai Tanjung Aru
Sumber: Travelog Borneo
Pantai Tanjung Aru yang terletak di Kota Kinabalu mendapat namanya daripada pokok aru yang tumbuh di pantai itu. Pelbagai aktivti riadah dapat dijalankan seperti berkelah, hari keluarga, sukaneka, BBQ, bersiar-siar di tepi pantai, aktivti air dan macam-macam lagi. Dengan angin yang bertiup kencang, amat sesuai untuk bermain layang-layang. Gerai jualan juga begitu meriah dengan berbagai pilihan makanan, minuman dan barangan.
Matahari terbenam di pantai ini adalah antara pemandangan sunset tercantik didunia.
Sumber: DEARSABAH.COM
Selain itu, terdapat juga Water Sport Activity di Pantai Tanjung Aru ini bagi mereka yang minat atau ingin mencuba aktiviti sukan air yang dikendalikan oleh syarikat dan staf terlatih.
Sumber: Facebook Shareena Sheby
Aktiviti Sunset Water Sport (4.00 pm - 6.00pm)
Alamat:
- Banana Boat RM30/pax
- Parasailing RM70/pax
- Jet Ski RM100/pax (Add on: Camera insta 360 RM80)
Hubungi 019-7001608 untuk tempahan.
Tanjung Aru, 88100 Kota Kinabalu, Sabah
Waktu operasi:
Waktu operasi:
Setiap hari (10.00 pagi – 11.00 malam)
7. Cocoa Boutique: Chocolate Factory Outlet in Tanjung Aru
Cocoa Boutique adalah tempat menarik di Sabah yang tidak kurang popular dikalangan pelancong. Cocoa Boutique terletak berhampiran Tanjung Aru dan kilang coklat ini telah ditubuhkan pada tahun 2005 di Sabah.
Disini terdapat lebih daripada 300 jenis produk coklat yang dijual dan seterusnya telah menarik minat ramai pencinta coklat dari seluruh dunia untuk datang ke Cocoa Boutique. Kini ia merupakan salah satu peruncit coklat yang utama di Malaysia.
Yang menarik, penghasilan coklat oleh Cocoa Boutique ini akan dijual di kedai ini sahaja dan tidak akan ditemui di tempat lain. Sudah tentu pengunjung tidak akan melepaskan peluang untuk membeli coklat kesukaan mereka disini.
Alamat:
No 1, Lorong Bunga Telur, Tanjung Aru, 88100 Kota Kinabalu, SabahWaktu Operasi:
Setiap hari (9.00 am - 5.00 pm)
8. Kokol Hill Elf
Sumber: Trixoli.com
Kokol Hill Elf merupakan salah satu tempat menarik di Sabah yang paling popular yang menawarkan pemandangan panorama Kota Kinabalu yang mengagumkan. Terletak 800 meter tinggi di Bukit Kokol, pengunjung dapat menikmati matahari terbenam yang indah dari sini serta mengambil banyak gambar yang cantik.
Jika berkunjung ke sini, tidak sah untuk mencuba Mega Swing di mana anda akan berayun di atas bukit sama seperti yang terdapat di Bali.
Di tempat inilah amat sesuai bagi mereka yang ingin berehat dan healing sambil menikmati keindahan alam yang mendamaikan. Cuaca pun nyaman!
Waktu Operasi:
Waktu Operasi:
Setiap hari: 9:00 am - 8:00 pm
Harga Tiket:
Harga Tiket:
RM40 untuk warganegara Malaysia
RM120 untuk bukan warganegara
0 Comments