Muat Turun Secara Digital, 7 Kategori Ini Yang Masih Wajib Untuk Pamerkan Cukai Jalan





Bermula 10 Februari 2023, pemilik kenderaan persendirian rakyat Malaysia tidak perlu lagi mempamerkan pelekat Lesen Kenderaan Bermotor (LKM) atau lebih dikenali sebagai ‘roadtax’.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, ia adalah sebahagian daripada usaha Kementerian Pengangkutan untuk melaksanakan dasar digitalisasi dalam perkhidmatan teras Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), terutamanya membabitkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Persendirian. Justeru, dapat mengurangkan kesesakan di kaunter JPJ dan memberikan keselesaan kepada rakyat melalui platform digital.

"Mulai 10 Februari 2023, pemilik kenderaan persendirian yang merupakan warganegara boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui Portal Awam JPJ atau Aplikasi Mobile MyJPJ di bawah satu projek perintis (secara in-house),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Oleh yang demikian, beliau mengesahkan bahawa peruntukan di bawah Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan yang mewajibkan lesen kenderaan bermotor dipamerkan pada kenderaan, tidak lagivdikuatkasakan.

Pada peringkat ini, ia melibatkan kenderaan persendirian individu termasuk motosikal kecuali beberapa kategori pemilik atau pemegang lesen kenderaan.  

Kategori pemilik yang masih wajib mempamerkan LKM dan mengemukakan kad LMM adalah seperti berikut;

Kategori LMM
  1. Pemegang Lesen Belajar Memandu (LDL)
  2. Pemegang Lesen Vokasional (PSV/GDL/KON)
  3. Pemegang lesen memandu Malaysia bagi wargenegara asing
  4. Pemegang lesen memandu luar negara oleh pemandu warganegara asing (IDP)
Kategori LKM
  1. Persendirian syarikat
  2. Pemilikan warganegara asing
  3. Kenderaan perdagangan meliputi kenderaan barangan dan kenderaan perkhidmatan awam
"Saya ingin menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan akan sentiasa dijalankan terhadap mana-mana pihak yang memandu kenderaan tanpa mempunyai LKM atau LMM yang sah selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 20(1), 90 (1) dan 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Cara Semakan Cukai Jalan (e-LKM) & Lesen Memandu (e-LMM) Online MyJPJ
  • Muat turun aplikasi MyJPJ
  • Boleh log masuk menggunakan ID MySikap
  • Jika belum mendaftar, tekan 'Daftar Akaun Baru'
  • Buat semakan lesen memandu digital dan cukai jalan secara online.



Selain pendaftaran secara online, anda juga boleh mendapatkan ID MySikap melalui mana-mana kiosk JPJ berdekatan, kaunter JPJ, atau mana-mana kaunter bergerak kenderaan JPJ Mobil.

Selepas berjaya log masuk ke aplikasi MyJPJ, pelbagai perkhidmatan secara atas talian boleh dilakukan. Antaranya adalah seperti berikut;
  • Bidaan nombor kenderaan
  • Semakan nombor terkini
  • Semakan lesen kenderaan
  • Semakan lesen memandu
  • Semakan keputusan Ujian
  • Semakan saman
  • Semakan senarai hitam

Cara semakan Lesen Memandu digital (eLMM)

Semakan boleh dibuat dengan memilih menu Semakan Lesen Memandu


Cara semakan Lesen Kenderaan Motor eLKM (Cukai Jalan / Road Tax) 

Pilih menu Semakan Lesen Kenderaan dan akan keluar seperti paparan berikut; 



Muat turun secara digital Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM)



Orang awam disarankan untuk mendaftar akaun MySikap masing-masing secara digital melalui portal awam JPJ [https://public.jpj.gov.my/] ataupun aplikasi mobile MyJPJ untuk lebih memudahkan.

Aplikasi MyJPJ boleh dimuat turun melalui Google Play Store, Apple App Store dan Huawei App Gallery.

Sumber: eCENTRAL


Post a Comment

0 Comments