Sehingga 8 Juta Ahli Layak Memohon i-Sinar. Lihat Kriteria Kelayakan Disini!




KUALA LUMPUR: Perincian kemudahan skim i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah diumumkan dan sehingga lapan juta ahli layak memohon.

Berikut adalah kriteria bagi dua kategori yang layak memohon i-Sinar;

Kategori 1

- Ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

- Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan;

- Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas Mac 2020.
Bagi kategori ini:

1. Dokumen sokongan tidak diperlukan;
2. Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP;
3. Ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my bermula 21 Disember 2020.
- Pembayaran untuk ahli yang layak mulai pertengahan Januari 2021.

Kategori 2

Ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas Mac 2020, iaitu pengurangan tersebut hanya boleh dikenal pasti melalui dokumen yang diberikan.

KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada ahli iaitu:

- Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan;
- Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan / atau tuntutan kerja lebih masa.
- Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.
- Bagi kategori ini, ahli boleh memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 11 Januari 2021.

Jumlah kelayakan i-Sinar

1. Ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

2. Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran maksimum 10% atau RM60,000 (yang mana lebih rendah) daripada Akaun 1.
Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.


Bermula Februari 2021 hingga Januari 2022, Kadar Caruman Berkanun Syer Pekerja akan diturunkan ke 9%.

Jika pencarum ingin mengekalkan Kadar Caruman Berkanun Syer Pekerja pada 11%, mereka perlu mengisi Borang KWSP 17A (Khas 2021) dan kemukakan kepada majikan.

Sumber : Astro Awani


Post a Comment

0 Comments