Adun Bugaya Meninggal Dunia





KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya, Manis Muka Mohd Darah, 65 tahun disahkan meninggal dunia di Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu, pada Selasa.

Menurut sumber, Allahyarhamah dimasukkan ke hospital berkenaan selepas difahamkan menghidap penyakit buah pinggang.

Wakil rakyat itu dimaklumkankan menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU), sebelum dilaporkan meninggal dunia sekitar tengah hari tadi.

Dalam pada itu, Naib Presiden Warisan Datuk Jaujan Sambakong mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi.

Beliau mendapat perkhabaran daripada suami Manis Muka mengenai berita itu kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

"Sekarang saya pun berada di Gleneagles Hospital, kita sedang menunggu pengesahan doktor mengenai waktu kematian dan punca," katanya.

Solat jenazah disempurnakan di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu dan dikapankan sebelum dibawa pulang ke Semporna hari ini untuk untuk urusan pengebumian.

Pada pilihan raya negeri yang lepas, Manis Muka memenangi kerusi Bugaya dengan majoriti 6,005 undi selepas mendapat 8,557 undi.

Post a Comment

0 Comments