3 syarat kelayakan bagi pengeluaran RM4,000 sehingga RM60,000 Akaun 1 KWSP



Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan berkaitan kebenaran bagi ahli KWSP mengeluarkan simpanan Akaun 1 mereka melalui kenyataan media yang dikeluarkan pada 16 November 2020. 

Jumlah pengeluaran yang dibenarkan adalah antara RM4,000 sehingga RM60,000 berdasarkan jumlah simpanan semasa pemegang akaun, juga bersandarkan kepada kadar pengeluaran yang ditetapkan oleh KWSP.

Hanya 2 juta pemegang akaun sahaja yang layak bagi menerima manfaat ini dengan jumlah anggaran RM14 bilion. Ini kerana terdapat beberapa syarat penting dan khusus bagi pemegang Akaun 1 KWSP untuk mengeluarkan simpanan mereka.


3 SYARAT KELAYAKAN PENGELUARAN AKAUN 1 KWSP

1) Ahli yang terjejas disebabkan kehilangan pekerjaan

2) Ahli yang diberikan cuti tanpa gaji

3) Ahli yang kehilangan sumber pendapatan sepanjang pandemik Covid-19



KADAR PENGELUARAN AKAUN 1 KWSP

Pengeluaran yang dibenarkan adalah pada kadar 10% daripada jumlah simpanan Akaun 1 ahli.


SIMPANAN SEMASA AKAUN 1 LEBIH RM90,000

Bagi ahli yang memiliki simpanan persaraan semasa melebihi RM90,000, akses pendahuluan yang dibenarkan adalah pada kadar 10% daripada nilai simpanan semasa, dengan jumlah maksimum dibenarkan sehingga RM60,000.


SIMPANAN SEMASA AKAUN 1 DIBAWAH RM90,000

Bagi ahli yang memiliki simpanan persaraan semasa dibawah RM90,000 pula, jumlah maksimum pengeluaran yang dibenarkan adalah sehingga RM9,000.

sila rujuk maklumat yang disediakan oleh KWSP dibawah:




JUMLAH PENGELUARAN PERLU BAYAR SEMULA

KWSP akan memberikan pendahuluan kepada ahli yang terjejas dengan dikreditkan dalam akuan bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat bermula Januari 2021.

Walaubagaimanapun, jumlah yang diberikan itu perlu dibayar semula apabila mereka sudah mendapat pekerjaan dan mula kembali mencarum.

Difahamkan caruman baharu itu akan dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 sehingga amaun pendahuluan itu digantikan semula dan selepas itu caruman akan kembali ke kadar pecahan asal iaitu 70% bagi Akaun 1 dan 30% bagi Akaun 2.




Post a Comment

0 Comments