16 Lokasi Bazar Ramadan Dibuka Di Kota Kinabalu, Yang Mana Menjadi Pilihan?





KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah membuka 16 lokasi Bazar Ramadhan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan di sekitar bandar raya ini bermula 23 Mac 2023 sehingga 2 Mei depan.

Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Norlizah Awang Alip, menerusi satu kenyataan hari ini, berkata kebanyakan lokasi membabitkan tapak pasar malam dan tapak letak kereta yang dijadikan lokasi sementara bazar.

"Antara lokasi bazar Ramadan di sekitar bandar raya ini ialah Lintasan Deasoka (Jalan Gaya), Sembulan, Asia City, Wawasan Plaza, Tanjung Aru dan Wisma Merdeka.
Selain itu, di kawasan 'boardwalk' belakang Marriott Hotel Kota Kinabalu, kawasan University Apartment, Indah Permai, Pasar Malam Inanam, Pasar Malam Inanam Point, Pasar Malam Manggatal, Pasar Malam Kingfisher.Taman Putera Jaya, Metro Town,  dan Bataras Kolombong," katanya, Bazar Ramadan di bandar raya dibuka mulai jam 2 petang hingga jam 7 malam



Bazar Ramadan Lintasan Deasoka. Sumber: Facebook


Bagi lokasi tapak letak kereta yang terbabit dengan pengoperasian Bazar Ramadan, katanya ialah di Lintasan Deasoka (Jalan Gaya), hadapan pasar raya Bataras Indah Permai, Tanjung Aru, Sembulan, Pasar Malam Manggatal dan Pasar Malam Kingfisher.Lokasi yang membabitkan tapak letak kereta dan laluan tertentu, penutupan kawasan dilakukan bermula jam 1 tengah hari hingga jam 7.30 malam.



Orang ramai dinasihatkan untuk menggunakan jalan alternatif lain bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di kawasan yang terbabit dengan penutupan jalan sementara ini.

Peniaga, penganjur dan pengunjung Bazar Ramadan adalah diingatkan untuk mematuhi segala peraturan, syarat dan SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM). Sebarang pelanggaran peraturan dan SOP boleh dikenakan tindakan.

Sumber: Berita Harian














Post a Comment

0 Comments