PKPB Dilaksana. Apa Usaha Kita Untuk Putuskan Rantaian? Semak Disini!




Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Sabah berkuatkuasa mulai tengah malam ini, 13 Oktober sehingga 26 Oktober 2020.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata PKPB dilaksanakan di seluruh Sabah selepas mendengar pembentangan dan pengesahan daripada Kementerian Kesihatan (KKM), wakil kerajaan Sabah dan Majlis Keselamatan Negeri (MKN) ekoran peningkatan kes positif di negeri itu.

Terdahulu, hanya beberapa daerah yang dikenakan PKPB seperti di Tawau, Kunak, Semporna dan beberapa kawasan di Kota Kinabalu.

"Hari ini sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mendengar pengesahan KKM berhubung peningkatan kes positif di Sabah.

"Selain itu kawalan rentas daerah dilaksana sejak 3 Oktober, di mana setiap individu tidak dibenarkan rentas daerah hanya kakitangan kerajaan dan pekerja yang mempunyai kad pekerja yang dibenarkan," katanya pada sidang media hari ini.

Sementara itu, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) akan dikenakan di FELDA Umas di Tawau, Sabah juga berakhir pada 26 Oktober nanti.

Hari ini, sebanyak 561 kes baharu positif dicatatkan. Sabah menyumbang lebih separuh daripada jumlah kes hari ini iaitu sebanyak 291 kes. Kumulatif kes positif di Malaysia telah mencecah 16,620 kes dengan kes aktif sebanyak 5039 kes.

Ini susulan aktiviti saringan yang terus dilaksanakan terutama di pelbagai daerah PKPD dan PKPD secara pentadbiran.

Justeru, semua rakyat Malaysia harus sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan patuhi SOP.

Antara langkah yang patut diambil;

1. Pastikan tangan sentiasa bersih walaupun duduk di rumah 
2. Duduk di rumah sahaja jika tiada keperluan untuk keluar
3. Sentiasa pakai pelitup muka jika keluar
4. Jaga jarak di tempat awam
5. Jangan benarkan warga emas untuk keluar dan jaga jarak dengan mereka
6. Bawa pembasmi kuman dan terus gunakan sebelum dan selepas memegang sesuatu diluar
7. Terus bersihkan diri dan pakaian sesampai anda dirumah
8. Pantau kesihatan diri jika ada perubahan 
9. Dapatkan rawatan jika tidak sihat dan asingkan diri jika perlu
10. Makan makanan sihat dan ambil vitamin untuk menguatkan antibodi
11. Semak kawasan berisiko melalui aplikasi MySejahtera

Sama-sama kita putuskan rantaian COVID-19. Kita mesti menang!

Post a Comment

0 Comments