Anwar Yakin Dapat Sokongan Untuk Tubuh Kerajaan Baharu

Foto Ihsan Astro Awani


Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap istana hari ini dan mendakwa beliau mempunyai sokongan lebih daripada 120 Ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan baharu menggantikan Perikatan Nasional. 

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata pada sidang media khas hari ini, beliau telah menyerahkan bukti dalam bentuk surat akuan sumpah dan pengesahan ketua parti berkaitan kepada Yang di-Pertuan Agong awal hari ini.

Beliau dimakumkan bahawa Baginda (Yang di-Pertuan Agong) perlu mengambil masa untuk mengesahkan keabsahan dokumen berkenaan, termasuk mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua parti politik.

“Saya pohon semua pihak beri ruang kepada Agong menjalankan tanggungjawab mengikut lunas perlembagaan, dan juga budi bicara Tuanku untuk menelaah dokumen dan dalam satu dua hari ini, panggil ketua parti untuk mengesahkan dan juga mendapat input sebaiknya,” katanya lagi.

Anwar berkata, beliau tidak mempunyai dendam dengan sesiapa justeru tidak ada perjanjian dibuat dengan mana-mana ahli parlimen pihak lawan.

Beliau menegaskan dua elemen kerajaan baharu jika diperkenankan;

1. Kerajaan inklusif. Iaitu beliau tidak berdendam dengan sesiapa.

2. Tegas untuk komited terhadap reformasi institusi dan kehakiman

Walaubagaimanapun, semua ahli harus menerima dan menjalani proses keadilan dengan sewajarnya, tegas beliau.

Senarai sokongan ahli parlimen tersebut akan dikeluarkan nanti dan Anwar tidak membuat pengesahan samada sokongan itu termasuk parti bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Foto ihsan Astro Awani



Post a Comment

0 Comments