Pesakit Covid-19 Ditemui Maut Sebelum Keluar Hospital



Seorang wanita yang juga pesakit COVID-19 ditemui maut selepas terjun dari sebuah bangunan hospital di Kota Kinabalu.

Kejadian dipercayai berlaku di bangunan Hospital Queen Elizabeth 1 Kota kinabalu, Sabah pada malam Rabu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Assisten Komisioner Habibi Majinji, pihak polis menerima laporan kejadian tersebut pada 9.30 malam 21 Oktober 2020.

Mangsa adalah wanita tempatan berusia 60 tahun yang terjun dari tingkat 8 bangunan HQE 1 sebelum disedari pihak hospital.

Mangsa dimasukkan ke hospital sejak 13 Oktober lalu selepas disahkan postif Covid-19 dan menjalani rawatan. Beliau telah pulih sepenuhnya dan dijadualkan akan keluar dari hospital pada Khamis, 22 Oktober 2020. 

Pihak polis sedang menjalankan siasatan untuk mengenalpasti punca berlaku dan saksi semasa kejadian. Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan mangsa diminta tampil untuk membantu siasatan.

Orang ramai juga disarankan membuat aduan jika mengalami ketidakstabilan emosi dengan menghubungi BeFrienders di talian 03-76272929.

Layari laman web di bawah untuk maklumat lanjut.

Sumber : Astro Awani

Post a Comment

0 Comments