Permohonan GKP 2.0 Kini Dibuka. Mohon Sekarang!



Sebanyak 642,976 permohonan Geran Khas Prihatin diterima pada GKP 1.0 yang lalu. Daripada jumlah itu, sebanyak 488,857 permohonan diluluskan, LHDNM memaklumkan dalam satu sidang media.

Kini permohonan Geran Khas Prihatin (GKP) dibuka semula dibawah skim Kita Prihatin.

GKP 2.0 adalah bantuan kewangan secara one-off kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan. Ini adalah inisiatif kerajaan bagi mengurangkan beban kewangan perniagaan disamping memastikan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan tetap berjalan.

Permohonan adalah terbuka kepada semua PKS berdaftar yang layak dan cukup syarat.

1. Kelayakan Permohonan GKP 2.0
  • Warganegara Malaysia
  • Bukan penerima GKP sebelum ini
  • Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia
  • Menjalankan perniagaan PKS
2. Kriteria Perusahaan Kecil & sederhana (PKS)
  • Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
  • Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik
  • Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat
  • Berdaftar dengan agensi-agensi berikut;
    - Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020 atau
    - Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau
    - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020

3. Jumlah bantuan GKP 2.0

  • RM3,000 secara one-off
4. Tempoh permohonan dibuka
  • 1 Oktober 2020 - 31 Oktober 2020
5. Semakan status permohonan
  • Mulai 15 November 2020
6. Tarikh Pembayaran
  • Dijangka bermula pada 25 November 2020
7. Kaedah Pembayaran
  • Dikreditkan ke akaun aktif persendirian pemohon yang didaftarkan pada permohonan
Pemohon hendaklah mengisi butiran pendaftaran perniagaan di borang permohonan dalam talian semasa memohon. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP dibawah:


Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan GKP boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara)









Post a Comment

0 Comments