Larangan Masuk dan Keluar dari Sabah Kecuali yang Dibenarkan. Baca Panduan Kebenaran Masuk Disini!




Sekatan rentas negeri di Sabah berkuatkuasa 12 hingga 25 Oktober ini. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sekatan itu bagi perjalanan dari Sabah dan ke Sabah membabitkan Semenanjung, Sarawak dan Labuan.


Kemasukan ke Sabah adalah tidak dibenarkan KECUALI;

1. Warganegara yang berasal dari Sabah
2. Pemegang Pas-Pas yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Negeri Sabah yang berada di Semenanjung, Sarawak, WP Labuan
3. Pekerja bidang perkhidmatan perlu (essential services).
4. Pekerja perkhidmatan awam Persekutuan yang berkhidmat di Sabah

Senarai perkhidmatan perlu (Essential Service)


Sumber : Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan


Selain kategori ini, mereka diwajibkan mengemukakan permohonan pas kebenaran khas kepada Kerajaan Negeri Sabah. Semua individu yang akan masuk ke Sabah melalui pintu masuk udara, laut dan darat hendaklah menunjukkan keputusan negatif ujian RT-PCR tiga (3) hari sebelum masuk ke Sabah.

Yang tidak termasuk essential services perlu mengemukakan permohonan melalui pautan dibawah.

Borang Kelulusan Khas Masuk Ke Sabah

Hanya kategori yang tidak di benarkan masuk ke Sabah sahaja yang perlu mengisi borang kebenaran.

Panduan Kebenaran Masuk ke Sabah dari Semenanjung, Sarawak dan W.P Labuan



Bagi pergerakan keluar dari Sabah pula, kebenaran diberikan kepada kes kecemasan dan tugas rasmi dengan mengemukakan permohonan serta mendapat kebenaran daripada KKM.

Individu yang dibenarkan keluar dari Sabah perlu menjalani ujian saringan Covid-19 oleh KKM setibanya di pintu masuk destinasi masing-masing. 

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Bilik Gerakan Bencana Negeri Sabah di talian 088-369434.


Post a Comment

0 Comments