Ikan Ampap (Pinasakan Sada) Sabah Style.



Ikan Ampap atau dikenali sebagai Pinasakan oleh kaum Kadazan Dusun sememangnya terkenal di Sabah. Selalunya "ambuyat" atau biasa di sebut "nantung" di makan bersama sup pinasakan. (Klik Cara membuat ambuyat) Hari ini admin akan kongsikan cara-cara memasak ikan ampap. Lain tempat lain caranya.

Bahan 1 :
  • Ikan basung (ikan sardin) 1 kilo
Bahan 2 : (di tumbuk)
  • Kunyit hidup sebesar ibu jari
  • Halia (separuh ibu jari)
  • Bawang merah 3 biji
  • Bawang putih 5 biji
  • Serai 3 tangkai
  • Lada (ikut tahap kepedasan yang diingini)
Bahan 3 :
  • Air asam jawa (100ml kasi cair sikit)
  • Garam dan ajinamoto secukup rasa
Cara-caranya : 
  • Bersihkan ikan, tumbuk semua bahan 2, letakkan air melepasi ikan, letakkan semua bahan 2 di atas ikan, masukkan air asam jawa sekali dengan garam dan ajinamoto

Peringatan:-
Masak ikan am
pap sehingga air rebusan menjadi sedikit,kerana jus2 dari ikan dan bahan2 yg di tumbuk itu lah yang menjadi kuah ikan tersebut,  ikan ampap makin lama di simpan makin sedap, jangan risau ikan ini lambat basi kadang2 bertahan sampai seminggu....

Extra : Biasanya diletakkan sekali dengan mangga,bambangan atau tuhau dalam  ikan ampap.

Sumber : Google




Post a Comment

0 Comments