Kenalpasti Kawasan Berisiko Guna 'Hotspot Tracker'. Wajib Muat Turun Aplikasi MySejahtera




Di gelombang ketiga penularan Covid-19 ini, perlu untuk kita tahu kawasan-kawasan yang berisiko dan mempunyai sejarah kes. Oleh itu, aplikasi yang dibangunkan kerajaan boleh membantu kita mengesan. 

Fungsi ‘Hotspot Tracker’ pada aplikasi MySejahtera boleh mengesan kes positif COVID-19 dalam lingkungan satu kilometer dan dinyatakan dalam tempoh tertentu kes dilaporkan. Kadar risiko juga dipaparkan. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia bagi memudahkan orang awam untuk menjalankan aktiviti harian dan merancang perjalanan harian dengan lebih berhati-hati selepas mengetahui kawasan berisiko. 

Rakyat disaran untuk mengelakkan daripada mengunjungi kawasan yang mempunyai risiko jangkitan COVID-19. 

Aplikasi MySejahtera adalah sebagai panduan kepada setiap pengguna dalam membuat keputusan perjalanan. Ini sejajar dengan pemerkasaan diri individu dan rakyat untuk membiasakan diri dalam kelaziman baharu kehidupan seharian. 

"Masyarakat perlu jaga diri, keluarga dan komuniti sekeliling mereka bagi memastikan ianya bebas COVID-19. 

Dr. Noor Hisham menyarankan agar semua rakyat memuat turun aplikasi MySejahtera kerana terdapat fungsi penting seperti penilaian kendiri kesihatan, pengimbas kod QR sebelum memasuki premis selain mengakses maklumat terkini daripada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan. 

Aplikasi MySejahtera boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan App Store

Post a Comment

0 Comments