2 Kakitangan ICU Hospital Queen Elizabeth II Positif Covid-19, Unit Terbabit Mungkin Lumpuh. Ini penjelasannya!



Berikutan kes positif yang semakin meningkat, petugas kesihatan tidak terkecuali kerana terdedah dengan risiko jangkitan.

Hasil daripada saringan Covid-19, terdapat dua kakitangan ICU Hospital Queen Elizabeth II Kota Kinabalu di Unit Perawatan Rapi (ICU) yang didapati positif. Perkara ini disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.   

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata saringan telah dilakukan dan mendapati dua petugas kesihatan disahkan positif virus tersebut. Seorang jururawat mempunyai gejala dan ujian mendapati positif. 

Seorang lagi rakan setugas juga disahkan positif. Ujian saringan telah dibuat keatas pegawai perubatan dan jururawat sejak 9 Oktober 2020 dan setakat ini hanya dua kes positif dilaporkan. Manakala seramai 40 jururawat sedang dikuarantin dan difahamkan kebanyakan yang terlibat adalah bergejala. Sementara sebahagiannya mempunyai kontak rapat dengan dua kes positif yang dilaporkan disana. Kemungkinanan jangkitan samada di dalam hospital atau komuniti masih dalam siasatan oleh KKM.

Desas-desus mengatakan Wad ICU HQE II  lumpuh kerana sebahagian jururawat sedang dikuarantin. Walaubagaimanapun, menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba ketika dihubungi Berita Harian berkata, keadaan di Wad ICU HQE II adalah terkawal. Ini kerana, KKM mempunyai kaedah kawalan dengan menggerakkan petugas kesihatan dari kawasan lain yang tidak terjejas untuk membantu menangani masalah yang berlaku di Hospital Queen Elizabeth II.

“Keadaan terkawal dan tidak lumpuh seperti yang dikatakan kerana ada kakitangan lain yang digerakkan ke situ selepas proses nyah kuman dan sanitasi diselesaikan"

Beliau berkata, pihaknya meminta supaya penduduk di Kota Kinabalu untuk kekal bertenang dan bersama-sama menentang penularan wabak ini.

Post a Comment

0 Comments