BPN 2.0 I Tarikh & Jumlah Bayaran BPN 2.0



Melalui perutusan KITA PRIHATIN YAB Perdana Menteri baru-baru ini, Kerajaan telah mengumumkan pelbagai jenis bantuan dan pemberian kepada rakyat Malaysia bagi meringankan beban rakyat. Kebanyakan rakyat Malaysia menyambut baik perutusan Perdana Menteri kita.

Oleh itu, Bantuan Prihatin (BPN) 2.0 akan lebih menekankan bantuan kepada rakyat Malaysia bermula daripada golongan B40, M40 sehinggalah kepada majikan dan usahan PKS Mikro Melalui GKP 2.0

Tarikh Pembayaran BPN 2.0 

Melalui BPN 2.0 seperti yang dijelaskan oleh pihak LHDNM, tarikh pembayaran BPN 2.0 akan dibayar secara 2 fasa seperti berikut:

Fasa Pertama : Penghujung Oktober 2020
Fasa Kedua : Januari 2021


Jumlah Bayaran BPN 2.0 Mengikut Fasa 

Berikut dikongsikan jadual jumlah bayaran mengikut fasa seperti yang dinyatakan oleh pihak LHDNM:



Kaedah Pembayaran BPN 2.0 Bagi Penerima Pedalaman Sabah Sarawak 

Mesti anda tertanya-tanya bagaimanapula dengan penerima pembayaran kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak?

Kaedah pembayaran bagi penerima kawasan pedalaman Negeri Sabah dan Sarawak yang tiada akaun bank akan bermula bulan Januari 2021 dan bayaran dibuat secara penuh melalui pihak Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Perbendaharaan Malaysia Sarawak.

Bagi mereka yang mempunyai akaun aktif, wang akan masuk terus ke akaun anda. Manakala yang gagal kredit perlu membuat tuntutan di Cawangan BSN.

Kemas kini maklumat akaun bank tidak dibenarkan kerana kaedah pembayaran BPN 2.0 adalah seperti kaedah pembayaran terakhir BPN 2020

Bagi permohonan dan Semakan BPN 2.0, anda bolehlah klik pautan di bawah untuk mengetahui maklumat lebih lengkap tentang panduan BPN 2.0.

Post a Comment

0 Comments