Sabah Mengundi - Ini Cara Semak Daftar Pemilih


KOTA KINABALU - Tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah telah ditetapkan pada 26 September ini oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

Seterusnya hari penamaan calon akan diadakan pada 12 September, sementara hari mengundi awal adalah pada 22 September.

Tempoh berkempen yang ditetapkan ialah selama 14 hari bermula selepas calon yang bertanding diisytiharkan sehingga jam 11:59 malam 25 September ini.

Sebanyak 64 pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi akan digunakan manakala 741 pusat mengundi melibatkan 2,540 saluran dan 56 pusat mengundi awal membabitkan ramai 30,540 petugas yang akan dilantik untuk mengendalikan proses pilihan raya tersebut.

Seperti biasa, waktu mengundi akan bermula dari jam 7.30 pagi sehingga 5 petang di samping memberi penekanan berkenaan kebersihan tangan di kalangan pengundi mengikut SOP yang disarankan.

Anggaran sebanyak RM186 juta diperlukan bagi pelaksanaan PRN Sabah ini.

PRN Sabah akan dikendalikan mengikut prosedur operasi standard (SOP) seperti Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini dan DUN Slim yang telah dijalankan. Walaupun dilakukan dengan SOP, pilihanraya masih dapat dijalankan dengan baik dan sempurna.

Pengguna disarankan untuk menyemak maklumat pengundi sebagai persediaan untuk PRN Sabah.

Untuk menyemak status pendaftaran, pengguna boleh memuatnaik aplikasi yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya melalui telefon pintar iaitu MySPR Semak. Butiran lokasi mengundi juga di paparkan.

Selain itu, pengguna juga boleh menyemak melalui laman rasmi semakan daftar pemilih seperti berikut;


Mari tunaikan tanggungjawab kita sebagai pemilih.





Post a Comment

0 Comments