4 Tempat Menarik yang menjadi tumpuan di Penampang ketika musim cuti. No.2 adalah tempat yang paling popular.




Penampang, merupakan salah satu daerah yang berdekatan dengan Kota Kinabalu di mana mempunyai landskap sungai yang cantik dan sangat sesuai untuk bermandi manda!

Di bawah ini senarai tempat-tempat yang menarik di Penampang yang menjadi tumpuan ketika musim cuti.

1. Sinilou Kibambangan Water Park

Inginkan tempat menarik yang sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak, Sinilou Kibambangan Water Park la pilihan yang tepat.






Tempat rekreasi yang lengkap dengan kolam renang dan sungai untuk bermandi manda, landskap yang bertemakan alam sekitar sememangnya digemari oleh kanak-kanak mahupun dewasa!




Tempat yang sangat sesuai untuk aktiviti bersama keluarga, bersantai semasa hujung minggu, dan barbeku.

Info :
Facebook Page: Sinilou Kibambangan Water Park
Hubungi: 013-8930728
Waktu operasi: 08:00am-05:00pm

2. Pusat Pelancongan Dan Rekreasi Motung Lotung Kibunut




Sebut sahaja nama Motung Lotung Kibunut pasti dikenali oleh penduduk Penampang. Ianya menjadi pusat rekreasi yang sangat popular di Kg. Kibunut, Penampang.

Info:
Facebook : Pusat Perlancongan Dan Rekreasi Motung Lotung Kibunut  

3. Tagal Tinopikon Park

Merupakan sebuah lokasi yang terletak di Kampung Notorus, Penampang, 40 minit dari Kota Kinabalu melalui Bandar Donggongon menuju Jalan Tambunan.

Aktiviti utama di sini adalah bersantai sambil barbeku bersama keluarga, berenang dan bermain air.





Meniti jambatan gantung mungkin merupakan pengalaman pertama anak anda. Anda juga berpeluang memberikan makanan kepada ikan sungai yang agak "jinak".

Tarikan utama adalah Tagal yang mana membawa maksud “kawasan larangan memancing”.

Ia merupakan sebuah kawasan yang diuruskan oleh masyarakat setempat.

Info:
Facebook : Tagal Tinopikon Park Sabah
Hubungi: 017-8623833
Waktu operasi: 08:00am-06:00pm

4. Aki Sarapung Camping Site

Aki Sarapung Camping Site terletak di Jalan Sarapung Kolopis, Kampung Sarapung. Merupakan lokasi rekreasi yang pasti membuatkan anak anda teruja!
Kemudahan kolam renang, pondok rehat yang unik merupakan salah satu tarikan utama di sini.




Tempat ini juga menyediakan pondok yang agak luas dan sesuai untuk aktiviti keluarga atau berkumpulan atau sambutan hari jadi?

Bagaimana jika anda meluangkan masa untuk bermalam dan berkhemah di sini?

Info :
Facebook Page: Aki Sarapung Camping Site
Hubungi: 017-832 6670
Waktu operasi: 09:00am- 04:30pm

Post a Comment

0 Comments