Jom Kenali Sabah



Fakta mengenai Sabah

Sabah dan juga di kenali sebagai Negeri di Bawah Bayu, adalah negeri kedua terbesar di Malaysia. Dengan kawasan yang menjangkau 72,500 kilometer persegi, mempunyai pantai yang dikelilingi oleh Laut China Selatan di bahagian Barat, Laut Sulu di bahagian Timur Laut dan Laut Celebes di bahagian Timur. Sabah terletak di bahagian paling utara Borneo. Tahukah anda bahawa Sabah merupakan pulau ke-3 terbesar di dunia



Budaya & Seni

Mempunyai kepelbagaian penduduk, lebih daripada 30 kaum etnik dan budaya yang berbeza, anda pasti terpesona dengan tradisi dan adat berbeza yang telah lama menjadi sebahagian daripada kehidupan harian rakyat Sabah. Kita juga boleh melihat pelbagai pakaian tradisi etnik-etnik yang masih mengekalkan reka bentuk dan warna asal mereka. Pakaian tradisional ini termasuk manik antik, rantai dan tali pinggang, barang kemas perak yang antik dan diukir dengan tangan, dan tali pinggang syiling perak lama yang diturunkan dari generasi ke generasi. Selain itu, setiap kumpulan peribumi juga mempunyai tarian unik mereka sendiri, muzik dan kraftangan yang membezakan antara satu sama lain.

Tutur Cara

Sabah masih mengekalkan amalan dan adat seperti berpakaian sopan dan membuka kasut sebelum memasuki tempat-tempat ibadat seperti masjid atau kuil. Walaupun berjabat tangan sudah diterima secara umum, bagaimanapun, sebahagian wanita Islam hanya akan menganggukkan kepala dan senyum sebagai tanda perkenalan. 

Bahasa

Bahasa Malaysia adalah bahasa yang ditutur secara luas di seluruh etnik di Sabah. Walau bagaimanapun, masyarakat Sabah bertutur Bahasa Malaysia dengan dialek Sabahan Baku, sedikit berbeza dari dialek orang Malaysia Barat. Selain itu, bahasa ibunda masing-masing seperti Kadazan, Dusun, Bajau, dan Murut; bahasa Mandarin dan beberapa dialek Cina seperti Hakka dan Kantonis, serta bahasa Inggeris juga dituturkan di Sabah.






Post a Comment

0 Comments