Selamat Hari Merdeka atau Selamat Hari Malaysia?



Sudah berapa tahun agaknya Malaysia merdeka?

Mari kita buka balik buku sejarah mengenai tarikh kemerdekaan.

Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957. Sabah diberi kemerdekaan pada 31 Ogos 1963. Sarawak merdeka pada 17 September 1963 dan pembentukan MALAYSIA pada 16 September 1963.


Persoalannya MALAYSIA sudah merdeka 63 tahun atau 57 tahun?


Hasil daripada pembentukan Malaysia, ia menjadikan kita salah sebuah negara yang sangat unik kerana persefahaman dikalangan masyarakat yang berbeza budaya.


Walaupun berbeza angka tahun kemerdekaan, tetapi kemakmuran negara dicapai dengan berbilang bangsa, agama dan kaum dari wilayah borneo dan semenanjung.


Maka, angka bukanlah isu yang boleh memecahbelahkan keharmonian Malaysia sebaliknya semangat patriotisme yang patut diterapkan dikalangan masyarakat.


Semoga nilai-nilai cintakan negara menjadi penyumbang kearah pembangunan negara.


Selamat hari merdeka buat Sabah dan SELAMAT HARI MALAYSIA








Post a Comment

0 Comments