Solo Borneo Mart (SBM) Semakin Mendapat Sambutan. Orang Borneo Di Semenanjung Boleh Buat Stok Banyak-Banyak




Tidak pernah menyangka perniagaan kecil-kecilan kini berkembang dan semakin banyak permintaan. Perniagaan itu diusahakan penyanyi Lan Solo bersama isteri, Nur Sheila Hassim. Lan berkata, di awal pembukaan Solo Borneo Mart (SBM) pada hujung September 2019, dia dan isteri hanya membawa beberapa barangan runcit yang sangat terhad.


SBM membekalkan barangan runcit dari Sabah, Sarawak, Labuan dan Brunei. 30 September 2020 genap setahun beroperasi, perniagaan semakin maju dan diterima ramai.

Barangan runcit yang dijual antaranya kicap yang menjadi kesukaan warga Sabah, snek, jeruk, ikan bilis, pes laksa sarawak, ikan terubuk masin, buah bambangan, amplang, makanan kering dan basah serta barangan runcit yang lain.

Kini, SBM mampu memesan bekalan barangan menggunanakan kontena.

“Tak pernah kami membayangkan akan menggunakan kontena untuk perniagaan ini. Masa mula-mula buka dulu kami hanya bawa enam botol kicap, lima paket kecil kopi Tenom, tiga botol jeruk bambangan dan lima bungkus mee dari Sabah."

“Selepas itu kami tambah pula barangan dari Sarawak, juga dalam kuantiti yang kecil, tapi hari ini Allah izinkan sebegini jauh perjalanan kami."

“Tak mudah untuk kami kerana awal-awal dulu ‘koyak’ juga bila orang kata saya dah tak laku sebab tu jual ikan masin, buka kedai runcit.

“Ada juga yang kata kerja kedai runcit ni tak sesuai dengan status ‘artis’. Tapi Allah itu sebaik-baik perancang,” katanya sebak.

Bagaimanapun, Lan berkata isterinya Sheila banyak mendorongnya untuk terus bertahan sehingga ke hari ini.

“Isterilah yang banyak beri sokongan walaupun ada cakap-cakap belakang. Saya dan isteri berusaha untuk fahamkan pelanggan mengapa harga di BSM tak sama seperti di Sabah dan Sarawak.

“Kami educate mereka mengenai kos dan sebagainya dan akhirnya pelanggan mula memahami dan mula menerima BSM,” ujarnya.

Walaubagaimanapun, dia akan terus berusaha memajukan BSM dan akan melakukan penambahbaikan dari hari ke hari.

“Biarlah orang kata bergelumang dengan ikan masin, ikan bilis, udang kering ni tak glamor, saya akan tetus berusaha sampailah semua barangan runcit ada di SBM.

Katanya, dia akan pastikan pengorbanan selama ini berbaloi dan mereka korbankan masa dengan anak-anak, kawan-kawan kerana ingin fokus kepada perniagaan.
.
Lan menambah, kena tipu, kena sailang itu semua pengalaman tapi apa yang penting dia kena terus kental dan sabar serta belajar setiap hari.

Orang borneo yang ada di semenanjung dan semua boleh mengunjungi Solo Borneo Mart di lokasi ini;

41, Jalan Prima Utama 5/6, Taman Puchong Prima, 47100 Puchong, Selangor

Masa operasi : 10 pagi - 10 malam.

Post a Comment

0 Comments