Semua Sekolah Di Sabah Tutup, Calon SPM Tetap Teruskan Pembelajaran



Penutupan sekolah tidak menghalang pelajar untuk terus menelaah pelajaran. Justeru, Jabatan Pendidikan Sabah menyediakan modul pembelajaran dalam bentuk e-buku untuk membantu calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) membuat persiapan sepanjang penutupan sekolah akibat penularan COVID-19. 

Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Dr Mistirine Radin, berkata modul tersebut boleh dimuat turun dalam gajet dan diakses secara luar talian untuk memudahkan pembelajaran di rumah. 

E-buku tersebut dihasilkan oleh Majlis Guru Cemerlang dan guru berpengalaman dari Sabah. Ini sebagai langkah agar calon SPM di Sabah tidak ketinggalan dalam pelajaran. 

Beliau semasa dihubungi Berita Harian berkata, Jabatan Pendidikan Sabah dengan kerjasama Majlis Guru Cemerlang dan guru berpengalaman Sabah ada menyediakan modul SPM mengikut subjek bagi memudahkan calon membuat persediaan sebelum menduddukinpeperiksaan. 

Pembelajaran melalui e-book ini adalah alternatih untuk mengatasi masalah kesukaran mengikuti pembelajaran dalam talian kerana ketiadaan liputan internet di sesetengah Kawasan. 

Semua sekolah di Sabah ditutup sehingga 25 Oktober ini, selaras keputusan Kementerian Pendidikan pada 9 Oktober lalu berhubung penutupan semua sekolah di negeri Sabah. 

"Saya berharap guru dan pelajar dapat menggunakan sepenuhnya modul terbitan jabatan agar cukup bersedia menghadapi SPM," katanya. 

Difahamkan, SPM tahun ini dijadualkan semula pada Januari tahun hadapan. Ini ekoran penularan COVID-19 yang menyebabkan perubahan jadual persekolahan dan penutupan sekolah. 

Sebanyak 1,296 sekolah rendah dan menengah dengan seramai kira-kira 500,000 murid dan pelajar terlibat dengan penutupan sekolah di Sabah. 

Sekolah di Lahad Datu, Semporna, Kunak dan Tawau sudah ditutup sejak akhir bulan lalu, manakala sekolah di sekitar ibu negeri, Penampang dan Putatan ditutup sejak awal minggu ini, berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang dilaksanakan. 

Post a Comment

0 Comments