Makmal Ujian Saringan Perlu Diwujudkan, Bantu Kesan Kes Positif di Sabah





KUALA LUMPUR : Kerajaan diminta untuk menyediakan makmal ujian saringan COVID-19 di Sabah bagi meningkatkan keupayaan pengesanan virus dengan lebih cepat.

Menurut Pakar Perubatan dan Kesihatan Awam, Dr Khor Swee Kheng berkata, gesaan ini berikutan penularan kes aktif COVID-19 di Sabah yang menyumbang 70 peratus dari jumlah keseluruhan kes.

Ujar beliau, jumlah kes yang aktif harus ditangani dengan mewujudkan makmal saringan COVID-19 kerana ia lebih memudahkan daripada menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk penerbangan harian.

Pada masa yang sama kita juga dapat meningkatkan jumlah ujian yang dilakukan di Sabah," 

Justeru, Swee Kheng berkata kerajaan perlu memperbanyakkan kit ujian pantas atau rapid test kit di Sabah.

Tegasnya, walaupun ketepatan ujian tersebut kurang berbanding dengan hasil yang diproses di makmal, tetapi kit segera itu membantu memberi maklumat penting untuk mengenalpasti sejauh mana jangkitan COVID-19 di Sabah.

"Dengan itu, ia akan membantu kerajaan untuk menjalankan langkah-langkah intervensi yang sesuai," jelasnya yang dihubungi Astro Awani melalui Skype pada Isnin.

Ahad lalu, sebanyak 823 kes baharu positif COVID-19 direkodkan dengan hampir 65 peratus daripadanya melibatkan jangkitan di Sabah.

Pertambahan jangkitan baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia mencecah 26,565 dengan 9,202 kes aktif.

Sumber: Astro Awani

Post a Comment

0 Comments