Rakyat Sabah Berdepan Risiko, DS Shafie Mohon Maaf



KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, memohon maaf dan merayu agar semua rakyat Sabah mengambil langkah berjaga-jaga ketika mengundi esok.

Ketua Menteri Sabah ini memohon maaf kerana menyedari rakyat berdepan risiko COVID-19 pada hari mengundi nanti.

Beliau memohon maaf kepada seluruh rakyat Sabah kerana terpaksa menghadapi Pilihan Raya termasuk berkempen dan mengundi. Ini akan meningkatkan risiko terkena jangkitan.

Walaupun begitu, PRN tetap akan dijalankan untuk memilih pimpinan baru negeri Sabah akibat pergolakan politik yang berlaku yang mana DUN terpaksa dibubarkan.

Beliau turut menekankan, PRN kali ini amat penting untuk rakyat Sabah memilih siapa yang harus membentuk kerajaan Sabah yang mempunyai pemimpin yang bermaruah dan berintegriti bagi kepentingan rakyat.

Rakyat diminta berhati-hati dan harus berjaga-jaga agar COVID-19 tidak akan merebak kepada sesiapa khususnya dalam kalangan pengundi.

Datuk Seri Shafie Apdal menggesa agar semua rakyat Sabah menunaikan tanggungjawab mengundi sebagai rakyat yang mempunyai hak mengikut Perlembagaan Malaysia.

Post a Comment

0 Comments