PRN Sabah - GRS Komited Banteras Isu PATI



PAPAR: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) komited menyelesaikan masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri ini sekiranya menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Hajiji Noor, berucap tindakan tegas bakal diambil untuk menangani isu kebanjiran PATI di negeri ini.

Beliau berkata, Kerajaan GRS yang bakal ditubuhkan nanti akan memastikan warga asing yang memiliki dokumen sah sahaja dibenarkan untuk tinggal dan bekerja di Sabah.

GRS tidak mahu menjadi kerajaan yang mesra PATI kerana bimbang kemungkinan yang akan menyusahkan Sabah. Jika tiada dokumen yang sah, PATI akan dihantar pulang, itu selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963.

GRS adalah gabungan kerjasama Barisan Nasional (BN), PN dan Parti Bersatu Sabah (PBS) untuk PRN ini.

Struktur pentadbiran kerajaan negeri juga akan disusun semula dengan mengambil kira kepentingan negeri dan rakyat Sabah.

Dalam pada itu, lebih 1,700 permohonan keahlian BERSATU pada Majlis Bersama Rakyat dihadiri Datuk Hajiji di Taman Sutera Jaya, Kinarut, pada Selasa lalu.

Borang permohonan daripada pemimpin dan ahli Parti Warisan Sabah (WARISAN) itu diserahkan kepada Ketua BERSATU Bahagian Papar, Datuk Ghulamhaidar Khan Bahadar yang juga calon PN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawang

Post a Comment

0 Comments