Pekan Banjir, Sekolah Ditutup Akibat Hujan Lebat


Pada 13 September Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning dengan angin kencang yang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sabah pada hari Selasa dan Rabu. Bagaimanapun, hujan lebat bermula sejak Isnin semalam iaitu 14 September 2020.

Ketua Pengarah MetMalaysia Jailan Simon dalam kenyataan itu berkata kawasan terlibat termasuk bahagian Pantai Barat Sabah (Daerah Papar, Penampang, Putatan, Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud), Kudat, Pendalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan) dan Labuan.

Angin kencang 40-50 km/jam dengan ombak mencapai 3.5 meter dijangka boleh berlaku di perairan Sabah dalam tempoh itu.

Kejadian ini boleh mengakibatkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit.


Hujan lebat sejak semalam dan pagi tadi mengakibatkan beberapa kawasan dinaiki air, sementara sekolah terlibat terpaksa ditutup.

Oleh itu, penduduk di kawasan yang terlibat diminta sentiasa waspada dan berhati-hati akan kemungkinan yang berlaku.





Post a Comment

0 Comments