Datuk Seri Hajiji Noor Menerima Watikah Perlantikan Sebagai Ketua Menteri Sabah



KOTA KINABALU, 29 Sept -- Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin menyampaikan watikah pelantikan kepada Pengerusi Perikatan Nasional Sabah Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah Ke-16 pada Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Ketua Menteri Sabah di Istana Negeri, hari ini.

Tiga Timbalan Ketua Menteri turut mengangkat sumpah iaitu Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Dr Joachim Gunsalam. -- BERNAMA,2020


Post a Comment

0 Comments