Penularan Covid-19 Di Kedah Bukan Berpunca Dari Sabah, Masing-masing Berpunca dari Negara Lain




Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat pengesahan berikutan penularan Covid-19 di Sabah dan Kedah.

Penularan virus Covid-19 membabitkan mutasi jenis D614G di Sabah berpunca dari negara jiran iaitu Indonesia dan Filipina.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berucap, mutasi virus tersebut yang dilaporkan di Kedah membabitkan Kluster Sivagangga, Kluster Sungai dan Kluster Tawar adalah berbeza dengan penularan Covid-19 di Sabah.

Beliau berkata, makmal mengenal pasti mutasi jenis D614G membabitkan Kluster Sivagangga, Kluster Sungai dan Kluster Tawar yang dipercayai berpunca dari India.

Manakala kajian terhadap penularan virus itu di Sabah pula mendapati mutasi jenis D614G datang dari Indonesia dan Filipina.

"Penularan di Kedah dan Sabah bukan sama, namun membabitkan D614G iaitu kumpulan sama yang berbeza ciri. Jadi, kita rasa kebolehjangkitan meningkat sedikit berbanding penularan sebelum ini,"

Beliau menambah, nilai kebolehjangkitan atau R0 (R naught) di Kedah pada peringkat awal adalah tinggi iaitu lebih daripada 2 sebelum menurun kepada 0.6, manakala di Sabah pula mencatatkan R naught pada 1.4.

"Bagaimanapun Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di empat daerah iaitu Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna serta sekatan jalan raya, kesihatan awam dan kawalan sempadan boleh mengawal jangkitan Covid-19 di Sabah.

"Di Selangor pula, walaupun tidak banyak kes direkodkan, namun disebabkan kepadatan penduduk kebolehjangkitan di negeri itu adalah pada 1.9 meskipun jumlah kes dilaporkan tidak setinggi di Sabah," katanya.

Berdasarkan kenyataan itu, tidak wajar untuk dibangkitkan isu kenegerian yang tidak ada kaitan sama sekali malah boleh merosakkan keharmonian yang ada di Malaysia. Ini berikutan jangkitan yang semakin merebak ke seluruh Malaysia dan mendakwa tanpa usul periksa.

Kekal patuhi SOP dan penjagaan diri. Kita mesti menang!

Post a Comment

0 Comments