Veveonah Sengaja Membuat Drama? Pengerusi Lembaga Pengarah UMS Tampil Mengesahkan


Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS), Datuk Seri Panglima Masidi Manjun tampil membuat pengesahan berikutan isu tular yang membabitkan seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) iaitu Veveonah Mosibin.

Datuk Seri mengesahkan bahawa Veveonah menduduki peperiksaan akhir semester pada 9 hingga 12 Jun lepas.

Perkara itu disahkan selepas pertemuan diadakan dengan Timbalan Naib Canselor dan Pengarah pusat asasi sains UMS.

Memang benar Veveonah menjalani peperiksaan akhir secara dalam talian dan dokumen juga telah ditunjukkan sebagai bukti.

Apabila ditanya mengenai dakwaan ahli Parlimen Kudat, Abdul Rahim Bakri di Facebook yang mendakwa pihak UMS menerusi seorang dekan mengesahkan tiada sebarang peperiksaan akhir dibuat secara dalam talian, Masidi berkata ia adalah benar namun hanya bagi kursus ijazah.

Kursus asasi sains bukan dikendalikan oleh dekan dan ia bukan fakulti yang diketuai seorang pengarah.

Memang tiada peperiksaan secara ‘online’ untuk kursus ijazah tetapi hanya peperiksaan akhir secara 'online' bagi kursus asasi sains atau pra sains dijalankan pada masa itu.

Rahim menerusi tulisannya di Facebook mendakwa Veveonah tinggal di pekan dan keluarganya tidak lagi mempunyai rumah di kampung dan membuat dakwaan bahawa Veveonah sengaja “membuat drama” untuk mendapat perhatian dan publisiti. Bagaimanapun posting tersebut telah dipadam selepas dikecam netizen.

Sementara itu, abang kepada Veveonah, Meksin memberitahu Rahim mendapat maklumat yang salah.

Walaupun keluarga Veveonah tinggal di Pitas kerana bapa mereka bekerja di Koperasi Pembangunan Desa (KPD), namun mereka kerap balik ke Sapatalang yang jaraknya kira-kira 30 minit dari pekan Pitas menggunakan kenderaan.

Meksin berkata, mereka kini tinggal sementara di rumah bekas sebuah gereja iaitu rumah yang Veveonah sering tinggal. Jadi apa yang dikatakan oleh timbalan menteri serta ketua kampung yang mereka tidak mempunyai rumah di Sapatalang seperti dalam hantaran di Facebook adalah tidak berasas sama sekali.

Dalam era dihujung jari sekarang ini, tentu kita tidak mahu ketinggalan dengan teknologi terkini yang lebih memudahkan dalam komunikasi, pendidikan dan sebagainya. Oleh itu, rangkaian perkhidmatan internet perlu diperluaskan ke serata negara mahupun di Sabah kerana ia menjadi faktor pembangunan sesuatu tempat.

Justeru, fokus kepada ketersediaan perkhidmatan internet adalah lebih utama berbanding isu kebenaran menduduki peperiksaan seperti yang didakwa.




Post a Comment

0 Comments