Penyanyi Sandra Dianne Meninggal dan Akan Dikebumikan di Sabah



Salah seorang peserta program realiti Big Stage 2020, Sandra Dianne, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya, awal pagi tadi.


Penyanyi Sandra Dianne telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) 5 September lalu.


Berita duka itu turut dikongsikan oleh penyanyi Sufi Rashid menerusi Instagramnya,

“Selamat pulang ke rahmatullah sahabatku. Anda seorang rakan baik yang mempunyai hati yang mulia.

“Terima kasih sebab beri saya peluang untuk satu pentas dengan awak.

“Semoga awak tenang di sana. Innalillahiwainnailaihirojiun,” tulis Sufie pada kapsyen.


Jenazah Sandra Dianne akan dibawa pulang ke Sabah untuk dikebumikan di kampung halamannya di Kg Kauluan, Tuaran.


Menurut jurucakap Sony Music Entertainment Malaysia, Veea Norman, dia mewakili pihak keluarga meminta doa semua agar segala urusan pengebumian Allahyarham dipermudahkan.

Post a Comment

0 Comments